Monday, May 21, 2007

Tanda sebelum mati

Insaflah kepada mereka yang membaca tanda-tanda di bawah. Kalau tak insaf jugak, tak tau la...

Tanda sblm mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitudarihujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atauseakan-akan mengigil. Contohnyaseperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikandengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hatibahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagimereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengankenikmatantanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akanlenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengankehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkanmasayang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawaatau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugurdari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akanmengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadimalaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika initerjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingungseketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanyauntuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tibaianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitudiantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalahkita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan iniakan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika inijuga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakithidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kitamelihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yangterlunjurakan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutandisebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kitatidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang danseterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terusmengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatanganmalaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telahmenghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

No comments: